Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

MASIH AKU TERASA

Penulis : DHILA ASYFA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-97-2
Tahun : 2017

 

Harga: RM 25.00 / 28.00

 


Tersedar dari koma, Jasnita tertanya-tanya tentang status dirinya sebagai isteri Ezzat. Lelaki itu pula, sukar berterus-terang bila ditanya berkaitan masa lampau. “Saya kenal lagilah macam mana rupa tangga, tingkap, pintu, katil.” – Jasnita “Tapi masih tak kenal Ez lagi, kan?” - Ezzat “Sekurang-kurangnya awak kena bersyukur sebab saya masih hidup.”- Jasnita. Segalanya makin mengelirukan dengan kemunculan Amzar sebagai Along Ezzat. Setiap apa yang diluahkan lelaki itu menambahkan rasa curiga di hati Jasnita. Apatah lagi dia merasakan kewujudan dirinya seperti tidak direstui. Demi meneruskan kehidupan, dia cuba menerima diri Ezzat dengan sepenuh jiwa walaupun persoalan demi persoalan timbul tanpa jawapan. “Jadi, Jas masih rasa Ez ni lelaki asing ke?” Lelaki asing? Awal-awal dulu aku rasa macam itu tapi bila dah kenal Ezzat, bercakap dengan dia, aku dah tak rasa asing. Dia memang mudah bertolak ansur dengan aku walaupun kadang-kadang aku banyak buat dia naik angin. “Awak suami saya, kenapa nak rasa awak lelaki asing pula?” Aku balas soalan Ezzat. “Kalau Jas anggap Ez sebagai suami, Jas tidurlah dengan Ez.” Terkelip-kelip aku pandang Ezzat. Tidur dengan dia tu maksudnya apa? Berjayakah Ezzat meyakinkan Jasnita yang mereka memang saling mencintai? Dan mampukah Ezzat menghalang Amzar daripada meracuni fikiran Jasnita?